Info Restoran : Nasi Ayam Kak Mala


Restoran yang telah saya lawati ialah Restoran Nasi Ayam Kak Mala.  Nama restoran ini diberi  berdasarkan nama pemilik restoran ini iaitu Puan Norkumalasari yang mengusahakan bersama suami tercinta. Restoran ini mula beroperasi pada tahun 2011 dan di buka setiap hari bermula  pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Restoran ini beroperasi di premis yang beralamat:-

Nasi Ayam Kak Mala,
Lot GF-5, Temerloh Mall OFF Jalan Jaya,
28000 Temerloh Pahang.

Restoran ini di pilih kerana tempatnya yang strategik dengan tempat membeli belah iaitu Temerloh Mall yang merupakan salah satu tempat membeli belah yang agak murah di daerah Temerloh. Menurut pemilik restoran ini iaitu Puan Norkumalasari , beliau memulakan perniagaan nasi ayam di gerai berdekatan dengan masjid Abu Bakar kira-kira 7 tahun yang lalu. Restoran ini mempunyai 15 orang pekerja yang bekerja dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Keistimewaan restoran ini  ialah menjual  Nasi Ayam yang diolah sendiri resepi mengikut selera pelanggan.  Ayam yang telah direbus kemudian di panggang di dalam ketuhar  untuk mengelakkan daripada berminyak. Restoran ini juga sedia menerima tempahan untuk jamuan atau majlis-majlis tertentu. Apa yang penting setiap pelanggan perlu menempah sehari sebelum majlis itu berlangsung. Selain nasi ayam, restoran ini juga menjual berbagai jenis minuman panas dan sejuk.


Oleh kerana restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama pada waktu hujung minggu, beliau telah menyediakan hidangan yang lebih banyak berbanding hari-hari biasa. Pada kebiasaannya restoran ini menggunakan sekurang-kurangnya 100  ekor ayam dalam sehari .Anggaran pendapatan sebulan restoran ialah sebanyak RM 20,000.00.


 Hidangan Nasi Ayam yang disaji di dalam restoran.

Nasi Ayam yang dibungkus untuk di bawa balik. (Take Away Order )
Harga seporsi nasi ayam RM5.00 


No comments:

Post a Comment