Friday, 28 November 2014

RUMUSAN MODUL: UNIT 1 – PENGURUSAN RUANG KERJA

Peraturan keselamatan di dalam bengkel masakan merangkumi keselamatan di ruang kerja, keselamatan penggunaan pisau, keselamatan mengelakkan dari melecur, Keselamatan daripada kebakaran, keselamatan menggunakan mesin atau peralatan, keselamatan daripada jatuh dan keselamatan daripada terkehel atau terseliuh. Disebabkan itu ciri-ciri keselamatan ini hendaklah dipraktikkan agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Selain itu,sebagai seorang tenaga pengajar yang bertanggungjawab hendaklah memberi penekanan terhadap keselamatan di dalam bengkel masakan. Penerangan dan informasi yang penting haruslah diterangkan dengan jelas supaya para pelajar dapat memahami peraturan yang perlu diikuti serta mempunyai pengetahuan tentang penggunaan alatan atau mesin di dalam makmal/bengkel. Tambahan pula,pengurusan ruang kerja di dalam bengkel adalah penting untuk memastikan persekitaran yang bersih. Seperti yang diketahui umum,keadaan tempat yang bersih penting bagi pengendali sesuatu  makanan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran yang telah dimasak. Satu hal yang tidak boleh dikesampingkan ialah konsep kebersihan 5 S iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu, dan shishuke boleh diterapkan di dalam bengkel masakan. Namun begitu,kemalangan kadangkala tidak dijangka akan berlaku walaupun seseorang itu mempunyai sijil kelayakkan mengendalikkan sesuatu alatan kerana pepatah melayu mengatakan bahawa “malang tidak berbau”. Walau bagaimanapun ciri-ciri keselamatan di dalam bengkel harus diberi penekanan yang tinggi agar kemalangan dapat dikurangkan ataupun dicegah terus. Kemalangan  yang biasa berlaku di dalam bengkel ialah seperti luka, melecur, terkehel, pengsan dan kebakaran. Tenaga pengajar juga haruslah menerangkan kepada para pelajar mengenai pertolongan cemas supaya dapat membantu mengurangkan kecederaan berlarutan sebelum mangsa dihantar ke klinik ataupun hospital yang berdekatan. 

No comments:

Post a Comment