Friday, 28 November 2014

Koleksi Tip Memasak

1)    CARA MUDAH KUPAS BAWANG PUTIH
- untuk mengupas bawang putih, panassakan bawang putih di dalam ketuhar pembakar
  selama beberapa saat. Selepas dikeluarkan,kupas seperti biasa. Cara ini bukan sahaja
  mudah tetapi dapat menjimatkan masa.


2)    MEMBUAT ROTI CANAI YANG LEMBUT
- untuk mendapatkan roti canai yang lembut seperti yang terdapat di kedai mamak,anda
  bolehlah mencampurkan sedikit air kelapa ketika mengadun adunan roti canai. Insya
  Allah hasilnya roti canai akan lembut.


3)    HILANGKAN GATAL SULUR KELADI
- ramai yang menyediakan hidangan yang berasaskan keladi bimbang keladi tersebut
  akan gatal. Cubalah salah satu petua ini dengan mencelur sulur keladi yang telah
  dibersihkan di dalam air asam jawa dan sedikit garam. Setelah itu tapis dan masaklah
  sulur keladi mengikut selera anda.


4)    MENGELAKKAN PASTA MELEKAT
- untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain, cubalah cara ini iaitu dengan
  memasukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan pasta. Kemudian apabila pasta
  sudah dittos,gaul pasta bersama sedikit mentega ataupun minyak zaitun. Sudah pasti
  pasta tidak akan melekat lagi.


5)    PAU LEBIH ENAK
- rebus daun pandan beberapa minit dan gunakan air daun pandan tersebut untuk
  membuat pau. Selain itu masukkan juga beberapa helai daun pandan ke dalam air
  untuk mengukus pau. Hasilnya pau lebih enak dan wangi.


6)    ELAK KELAPA PARUT BASI
- untuk memastikan kelapa parut tahan selama dua atau tiga hari,anda bolehlah
  mengukus kelapa parut terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah itu masukkan ke
  dalam peti sejuk.


7)    IKAN HARUAN TIDAK HANYIR
- ikan haruan sememangnya hanyir jika tidak betu cara membersihkannya. Dengan
  menggunakan petua ini Insya-Allah hanyir ikan haruan akan hilang.bersihkan ikan
  haruan dengan air asam jawa yang pekat dan rendam selama dua jam. Akhir sekali
  sebelum memasak ikan tersebut basuh semula dengan air biasa.

8)    MENGUJI KEK YANG TELAH MASAK
- terdapat dua cara untuk menguji kek yang telah masak iaitu dengan menyentuh
  permukaan kek dengan jari,jika melekat di jari ini bermakna kek tersebut belum masak.
  Seterusnya cucuk bahagian tengah kek dengan menggunkan lidi,jika lidi tersebut
  bersih ini bermakna kekanda telah masak sepenuhnya.


9)    HILANGKAN LEMAK AYAM
- ketika membersihkan ayam,kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang
  lemaknya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja,selepas membersihkan ayam
  dengan air bersih,sapukan ayam dengan sedikit tepung gandum dan gaulkan sehingga
  rata. Kemudian bilaslah semula dengan air bersih.


10)  HILANGKAN BAU PETAI
- petai memang enak dimakannamun begitu baunya kurang menyenangkan,untuk
  menghilangkan bau petai,selepas mengupas kulitnya,rendamkan seketika di dalam air
  beras dan biarkan seketika. Kemudain bilas bersih dan bolehlah dimakan.


11)  NENAS LEMBUTKAN DAGING
- jika tidak kena caranya ketika memotong daging,daging yang dimasak tentu liat dan
  tidak enak. untuk mendapatkan daging yang empuk,masukkan nanas yang telah
  dikisar sehingga lumat kemudian perapkan daging bersama nenas tersebut selama 3
  jam. cuci dengan air bersih dan masaklah seperti biasa.


12)  BADAM MUDAH DIKUPAS
- celur badam di dalam air yang mendidih selama 3 minit dan kupaslah seperti biasa.


13)  KACANG HIJAU CEPAT EMPUK
- untuk mempercepatkan proses memasak kacang hijau terdapat beberapa langkah
  seperti rendam kacang hijau selama semalaman. Selain itu rebus kacang hijau dengan
  sedikit baking powder.


14)  KEK KEJU JADI GEBU
- satu tips untuk mendapatkan kek keju yang gebu ialah dengan membiarkan kek yang
  telah masak di dalam ketuhar dengan membuka sedikit pintu ketuhar supaya kek dapat
  sejuk secara perlahan-lahan. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah simpan kek
  tersebut di dalam peti sejuk (chiller).



15) PULUT CEPAT MASAK
- untuk mempercepatkan proses memasakpulut,salah satu tips yang boleh digunakan ialah dengan merendam pulut selama semalaman. Insya-Allah tempoh memasak pulut akan lebih cepat dan pulut akan jadi lebih lembut.

No comments:

Post a Comment