Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat datang ke blog saya.
Terdapat 4 bahagian utama yang ada dalam blog ini iaitu:
1. Laporan Lawatan
2. Koleksi Gambar Masakan Barat
3. Tip-tip masakan
4, Rumusan Modul
Adalah menjadi harapan saya agar kandungan yang terdapat dalam blog ini dapat memenuhi kehendak kursus di samping menjadi sumber maklumat kepada semua pengunjung ke blog ini.
Sekian, terima kasih.
Saturday, 29 November 2014
Friday, 28 November 2014
Koleksi Tip Memasak
1) CARA
MUDAH KUPAS BAWANG PUTIH
- untuk mengupas bawang putih, panassakan bawang putih di dalam ketuhar pembakar
selama beberapa saat. Selepas dikeluarkan,kupas seperti biasa. Cara ini bukan sahaja
mudah tetapi dapat menjimatkan masa.

2) MEMBUAT
ROTI CANAI YANG LEMBUT
- untuk mendapatkan roti canai yang lembut seperti yang terdapat di kedai mamak,anda
bolehlah mencampurkan sedikit air kelapa ketika mengadun adunan roti canai. Insya
Allah hasilnya roti canai akan lembut.

3) HILANGKAN
GATAL SULUR KELADI
- ramai yang menyediakan hidangan yang berasaskan keladi bimbang keladi tersebut
akan gatal. Cubalah salah satu petua ini dengan mencelur sulur keladi yang telah
dibersihkan di dalam air asam jawa dan sedikit garam. Setelah itu tapis dan masaklah
sulur keladi mengikut selera anda.

4) MENGELAKKAN
PASTA MELEKAT
- untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain, cubalah cara ini iaitu dengan
memasukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan pasta. Kemudian apabila pasta
sudah dittos,gaul pasta bersama sedikit mentega ataupun minyak zaitun. Sudah pasti
pasta tidak akan melekat lagi.

5) PAU
LEBIH ENAK
- rebus daun pandan beberapa minit dan gunakan air daun pandan tersebut untuk
membuat pau. Selain itu masukkan juga beberapa helai daun pandan ke dalam air
untuk mengukus pau. Hasilnya pau lebih enak dan wangi.

6) ELAK
KELAPA PARUT BASI
- untuk memastikan kelapa parut tahan selama dua atau tiga hari,anda bolehlah
mengukus kelapa parut terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah itu masukkan ke
dalam peti sejuk.
- untuk memastikan kelapa parut tahan selama dua atau tiga hari,anda bolehlah
mengukus kelapa parut terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah itu masukkan ke
dalam peti sejuk.
7) IKAN
HARUAN TIDAK HANYIR
- ikan haruan sememangnya hanyir jika tidak betu cara membersihkannya. Dengan
menggunakan petua ini Insya-Allah hanyir ikan haruan akan hilang.bersihkan ikan
haruan dengan air asam jawa yang pekat dan rendam selama dua jam. Akhir sekali
sebelum memasak ikan tersebut basuh semula dengan air biasa.

8) MENGUJI
KEK YANG TELAH MASAK
- terdapat dua cara untuk menguji kek yang telah masak iaitu dengan menyentuh
permukaan kek dengan jari,jika melekat di jari ini bermakna kek tersebut belum masak.
Seterusnya cucuk bahagian tengah kek dengan menggunkan lidi,jika lidi tersebut
bersih ini bermakna kekanda telah masak sepenuhnya.

9) HILANGKAN
LEMAK AYAM
- ketika membersihkan ayam,kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang
lemaknya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja,selepas membersihkan ayam
dengan air bersih,sapukan ayam dengan sedikit tepung gandum dan gaulkan sehingga
rata. Kemudian bilaslah semula dengan air bersih.

10) HILANGKAN BAU PETAI
- petai memang enak dimakannamun begitu baunya kurang menyenangkan,untuk
menghilangkan bau petai,selepas mengupas kulitnya,rendamkan seketika di dalam air
beras dan biarkan seketika. Kemudain bilas bersih dan bolehlah dimakan.

11) NENAS LEMBUTKAN DAGING
- jika tidak kena caranya ketika memotong daging,daging yang dimasak tentu liat dan
tidak enak. untuk mendapatkan daging yang empuk,masukkan nanas yang telah
dikisar sehingga lumat kemudian perapkan daging bersama nenas tersebut selama 3
jam. cuci dengan air bersih dan masaklah seperti biasa.

12) BADAM MUDAH DIKUPAS
- celur badam di dalam air yang mendidih selama 3 minit dan kupaslah seperti biasa.
- celur badam di dalam air yang mendidih selama 3 minit dan kupaslah seperti biasa.
13) KACANG HIJAU CEPAT EMPUK
- untuk mempercepatkan proses memasak kacang hijau terdapat beberapa langkah
seperti rendam kacang hijau selama semalaman. Selain itu rebus kacang hijau dengan
sedikit baking powder.
- untuk mempercepatkan proses memasak kacang hijau terdapat beberapa langkah
seperti rendam kacang hijau selama semalaman. Selain itu rebus kacang hijau dengan
sedikit baking powder.
14) KEK KEJU JADI GEBU
- satu tips untuk mendapatkan kek keju yang gebu ialah dengan membiarkan kek yang
telah masak di dalam ketuhar dengan membuka sedikit pintu ketuhar supaya kek dapat
sejuk secara perlahan-lahan. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah simpan kek
tersebut di dalam peti sejuk (chiller).

15) PULUT
CEPAT MASAK
- untuk mempercepatkan proses memasakpulut,salah satu tips yang boleh digunakan ialah dengan merendam pulut selama semalaman. Insya-Allah tempoh memasak pulut akan lebih cepat dan pulut akan jadi lebih lembut.

RUMUSAN MODUL: UNIT 1 – PENGURUSAN RUANG KERJA
Peraturan
keselamatan di dalam bengkel masakan merangkumi keselamatan di ruang kerja,
keselamatan penggunaan pisau, keselamatan mengelakkan dari melecur, Keselamatan
daripada kebakaran, keselamatan menggunakan mesin atau peralatan, keselamatan
daripada jatuh dan keselamatan daripada terkehel atau terseliuh. Disebabkan itu
ciri-ciri keselamatan ini hendaklah dipraktikkan agar kemalangan dapat
dielakkan daripada berlaku. Selain itu,sebagai seorang tenaga pengajar yang
bertanggungjawab hendaklah memberi penekanan terhadap keselamatan di dalam bengkel
masakan. Penerangan dan informasi yang penting haruslah diterangkan dengan
jelas supaya para pelajar dapat memahami peraturan yang perlu diikuti serta mempunyai
pengetahuan tentang penggunaan alatan atau mesin di dalam makmal/bengkel.
Tambahan pula,pengurusan ruang kerja di dalam bengkel adalah penting untuk
memastikan persekitaran yang bersih. Seperti yang diketahui umum,keadaan tempat
yang bersih penting bagi pengendali sesuatu makanan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran
yang telah dimasak. Satu hal yang tidak boleh dikesampingkan ialah konsep
kebersihan 5 S iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu, dan shishuke boleh
diterapkan di dalam bengkel masakan. Namun begitu,kemalangan kadangkala tidak
dijangka akan berlaku walaupun seseorang itu mempunyai sijil kelayakkan
mengendalikkan sesuatu alatan kerana pepatah melayu mengatakan bahawa “malang
tidak berbau”. Walau bagaimanapun ciri-ciri keselamatan di dalam bengkel harus diberi
penekanan yang tinggi agar kemalangan dapat dikurangkan ataupun dicegah terus.
Kemalangan yang biasa berlaku di dalam bengkel
ialah seperti luka, melecur, terkehel, pengsan dan kebakaran. Tenaga pengajar
juga haruslah menerangkan kepada para pelajar mengenai pertolongan cemas supaya
dapat membantu mengurangkan kecederaan berlarutan sebelum mangsa dihantar ke
klinik ataupun hospital yang berdekatan.
Monday, 10 November 2014
Tips memasak
29 March 2014
Tips memasak cepat buat ibu super sibuk!
Dulu, sebelum saya berhijrah mengikut suami
menyambung pelajaran di South Australia, saya selalu merasakan memasak suatu
urusan yang merumitkan. Ia perlukan masa yang panjang, memerlukan kudrat yang
banyak dan akan memenatkan saya yang sudah sedia penat setelah seharian
bekerja.
Saya rasa, ramai juga yang merasakan
sedemikian, tambahan pula di Malaysia kedai makan boleh dijumpai di mana sahaja.
Perjalanan dari tempat kerja ke rumah pun akan menempuhi berpuluh-puluh kedai
makan. Itu belum dikira dengan pasar malam yang ada saban hari, jika di Jitra
hampir setiap hari ada pasar malam cuma tempat sahaja yang
berbeza.
Namun, setelah tiga tahun saya tinggal di
negara orang yang agak sukar untuk mencari kedai makan halal. Jika ada, ia agak
jauh dari rumah dan memakan masa untuk pergi ke sana. Itu belum dikira belanja
yang terpaksa dikeluarkan kerana makanan di kedai yang agak mahal (sekali makan
mesti sediakan Aud 30 ke atas) menyebabkan kami jarang-jarang makan di luar.
Faktor ini menyebabkan saya belajar banyak
perkara yang membuatkan saya telah mengubah fikiran bahawa memasak makanan untuk
seisi keluarga sebenarnya mudah sahaja jika betul cara dan kita mempunyai
tips-tips yang berguna.
Malahan, sekarang saya juga merasakan bahawa
betapa ruginya saya dahulu membiarkan anak dan suami makan makanan kedai yang
belum terjamin kebersihannya dan menggunakan ajinomoto yang tidak baik untuk
kesihataan.Sedangkan air tangan seorang ibu itulah yang akan mengikat hati ahli
keluarganya.
Maka di sini, ingin saya kongsikan sedikit
tips bagi ibu yang sibuk bekerja, sama-sama kita berazam untuk mengurangkan
makan di kedai. Sama-sama kita usahakan untuk memasak untuk keluarga kita yang
lebih terjamin kebersihan dan kesuciannya
Kredit :http://finurislam.blogspot.com/2014/03/tips-memasak-cepat-buat-ibu-super-sibuk.html
Pengenalan
Blog ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan Kursus Penyediaan Makanan PJJ [VEF3013]
Sebarang komen dan pandangan bagi menambahkan lagi info dalam blog ini sangat saya alu-alukan.
Terima kasih.
Sebarang komen dan pandangan bagi menambahkan lagi info dalam blog ini sangat saya alu-alukan.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)